Benjamin Franklin
Benjamin Franklin

Benjamin Franklin

Benjamin Franklin (17 Januari [G.L.: 6 Januari 1705[1]] 1706, Boston, Massachusetts  – 17 April 1790, Philadelphia, Pennsylvania) adalah seorang tokoh Amerika Syarikat yang terkenal dan telah meninggalkan banyak karya di dalam hidupnya. Franklin adalah orang dengan banyak jenis pekerjaan dan keahlian. Dia adalah seorang wartawan, penerbit, penulis, ahli falsafah politik, ahli politik, negarawan, aktivis masyarakat, ahli sains, diplomat dan pereka sekaligus. Franklin juga adalah salah seorang pemimpin Revolusi Amerika, dan salah seorang bapa pengasas Amerika Syarikat. Kata-katanya banyak yang terkenal dan dikutip orang. Misalnya "masa adalah wang" kemungkinan besar berasal dari dirinya. Kerana dia juga seorang penerbit dan pemilik percetakan, banyak kata-katanya yang masih boleh dibaca orang hingga sekarang kerana dia juga banyak dan rajin menulis. Dia juga terkenal dengan cadangan uji kajinya mengenai elektrik dan kilat (pencipta pengalir kilat). Dia juga merupakan ketua pejabat pos dan pembentuk perpustakaan awam pertama di Amerika, dan orang pertama yang menyusun pasukan bomba di Pennsylvania.Benjamin Franklin ialah anggota Freemasonry.